Sekarang ini kebanyakan serama SG terpaksa dibawa ke rumah taman. Fahamlah keadaan rumah taman ini. Nak bela banyak-banyak takut jiran komplen MBAS. Tempat terhad pula tu.. Fikir punya fikir dari kena saman baik jual sebahagian serama-serama SG. Kalau ada buyer dapat gak duit.. he he he. Pembaka yang nak dijual ini tidak sesuai untuk pertandingan. Untuk buat baka je..
Pembaka ini pula dari reban otai Adham Seri Gading. (Harap Adham tak marah saya jual bapa ini). Semua orang tau produk Seri Gading kan? Tak payah nak cerita panjang2.. Harga ditawar jauh lebih murah dari saya ambil kat Adham Seri Gading. RM 750 sahaja.
Bapa ini diambil di Terengganu semasa muda. Sekarang ekor meluruh... balung pun jadi senget sikit sebab tidak diurus dengan baik. Harga untuk dijual RM 500 sahaja.Harga kena tambah RM30 untuk transport..

salam serama ,pak tolong info bisakah di kirim sampai indonesia/ atau harus ambil di sana ,bagaimna prosedurnya?
ReplyDelete