Search This Blog

Tuesday, March 1, 2011

Pembaka Untuk Dijual

Sekarang ini kebanyakan serama SG terpaksa dibawa ke rumah taman. Fahamlah keadaan rumah taman ini. Nak bela banyak-banyak takut jiran komplen MBAS. Tempat terhad pula tu.. Fikir punya fikir dari kena saman baik jual sebahagian serama-serama SG. Kalau ada buyer dapat gak duit.. he he he. Pembaka yang nak dijual ini tidak sesuai untuk pertandingan. Untuk buat baka je..

Pembaka di atas ini satu darah ngan serama Abs yang selalu SG buat main. Tapi pembaka ini tak le secantik abs itu.. Darah je sama.. kira adik beradik le.. Masa muda pernah buat main. Lepas tu tidur terus dengan induk. Harga lelong RM 700 sahaja. Jangan tawar dah..

Pembaka ini pula dari reban otai Adham Seri Gading. (Harap Adham tak marah saya jual bapa ini). Semua orang tau produk Seri Gading kan? Tak payah nak cerita panjang2.. Harga ditawar jauh lebih murah dari saya ambil kat Adham Seri Gading. RM 750 sahaja.

Bapa ini diambil di Terengganu semasa muda. Sekarang ekor meluruh... balung pun jadi senget sikit sebab tidak diurus dengan baik. Harga untuk dijual RM 500 sahaja.

Harga kena tambah RM30 untuk transport..

Saturday, February 26, 2011

Jamu Mata.. (Bukan Ayam Saya)




Remaja ini bukan milik saya. Tapi sememangnya tuan dia nak jual. Ayam cantik, kepala balung cantik, bulu kemas dan bersih. Bila bergaya lonjak dada dan kakinya dijengketkan. Ekor masih ada ekor anak.. Berpotensi untuk masa depan.. Harga dan maklumat lanjut saudara2 call je Chuan@Chong Kedah.