Search This Blog

Tuesday, September 29, 2009

Remaja (Foto2)

He he ni posing ke dua..

Remaja (Foto1)

SG berharap remaja ini akan menjadi dan dapatle digunakan sebagai peluru baru SG kat tempat pertandingan nanti.
Remaja ini SG perolehi dari kawan baik SG di KT, saudara Shim. Ada seekor lagi remaja ara. Nanti lapang SG masukkan gambar dia.

Monday, September 28, 2009

Reban SG

He he lupa pula nak tunjukkan reban SG. Bukanlah molek mana tapi simple dan kukuh. Ada tiga aras. Aras bawah ada empat pintu khas untuk breeding. Aras tengah pula ada enam pintu dikhaskan untuk serama yang SG rasa layak bertanding. Aras atas juga ada enam pintu dan SG tempatkan serama yang SG perasan ada potensi. Reban ini sengaja SG bina dibawah pokok-pokok untuk suasana sejuk dan menghalang angin. Lantai reban ini boleh ditarik untuk dibuang pasir atau kotoran. Begitulah adanya..

Peluru Baru

Peluru SG hok ini belum sekali pun dibawa bertanding. Semasa remajanya ekor tak siap. Semasa muda kurang pertandingan pula. Sekarang ekor meluruh pula. Lepas ini dalam sebulan dua ini SG akan bawa main tanpa lawi pula. Itu pun alau tak ada aral apa-apa.

Muda Lagi..

Muda ini dua beradik ngan muda kat bawah tu.. tapi berlainan ibu. Bapa hok itu juga. Bapanya menikah dua. Bukanlah semua adik beradik dia menjadi. Dalam banyak-banyak itu, baru dua tiga ekor nampak menjadi. Hok lain jadi juga.. jadi ayam!
Ekor baru meluruh. Lambat lagi ni nak siap molek.

Muda Dalam Pembikinan

Muda ini SG target dalam jangkamasa sebulan lagi untuk bertambah mengacam.. (perasan). Ekor masih tak siap dan sudah lama SG tak mandikan. Masih terdapat ekor remaja tetapi cukup bergaya di atas meja.

Tanpa Lawi..

SG cadang nak cuba bawa serama ini test kat pertandingan kecil. Atas meja kat rumah nampak bergaya juga tapi tak tahu le macamana kat tempat pertandingan.

Cabutan bertuah je kot!

Muda

Muda ini SG pun tak faham bila boleh buat main. Masa remaja tak siap ekor. Bila muda macam ini ekor masih tak siap lagi. Gaya ok dan aktif. Muda ini dua beradik. Seekor lagi kawan dari Penang ambil.

Induk SG

Induk ini tak bertelur. SG kerap bawa bertanding je.. Ada le juga hadiah yang SG dapat. Sekarang dah tua sangat. Nak bertanding pun buat malu kat induk-induk muda yang mengancam kat tempat pertandingan. Sekali tu, ada juga orang minta beli tapi waktu itu SG sayang sangat nak jual..

Ex Remaja

Sri Taming ini hanya sempat dimainkan dalam kategori remaja dan muda saja sebelum SG hadiahkan kepada seorang kenalan yang banyak meluangkan masa menjadi teman SG bila pergi bertanding di Kelantan.
Ada juga hadiah yang dimenangi di dalam kategori remaja tetapi di dalam kategori muda hanya dapat saguhati je.. He he banyak kalah warna.. (sebab tu SG sedekahkan)

Rinting

Inilah serama pertama yang dihasilkan di dalam reban sendiri. Dulu rinting ini banyak memenangi pertandingan kategori tanpa lawi yang diadakan sama ada di Kedah atau Kelantan. SG cukup yakin sekiranya membawa rinting ini ke tempat tanding kerana sentiasa form dan berada di dalam ranking top five. Sekarang rinting telah ditugaskan untuk menghasilkan baka..

Salam Serama

Selamat Hari Raya buat semua rakan serama. SG (Serama Gunung) mengambil kesempatan di atas keberkatan Syawal ini untuk sama-sama meriahkan dunia serama melalui blog ini. Tidak ada ilmu yang SG boleh curahkan kerana SG sendiri banyak meneroka blog rakan-rakan untuk mendapatkan 'sesuatu'.
SG juga awal-awal lagi memohon halal kepada rakan-rakan kerana mungkin SG akan menyedut beberapa artikel atau bahan rakan-rakan. Bukan niat menciplak tetapi bertujuan untuk bahan ilmu dan memeriahkan blog SG.